Wednesday 30 November 2011

Ombak Rindu, Cinta... tiada akhirnya... & Rindu Cintaku {。^◕‿◕^。}

Assalamualaikum..w.b.t...


*^_^*

Malam nie Bidadari nak ceritakan tentang Novel yang hangat diperkatakan iaitu Ombak Rindu yang sekarang telah di filemkan...Penulis nya iaitu Fauziah Ashari. 
Bidadari pernah membaca novel nie sungguh menarik cerita nya sambil bidadari baca berkali2 heheheh....
Cerita tentang kisah hidup Izzah dan Hariz....
Kisah kehidupan manusia sekarang ada yang sedih, takut, marah, dendam dan juga rahsia yang terpendam yang sukar untuk diluahkan....semua terdapat dalam novel ini...

Ombak Rindu


Kesinanbungan cerita ini terdapat dalam novel kedua iaitu Cinta....tiada akhirnya...kisah ini mengisahkan perkahwinan Izzah dan Hariz dilanda badai disebabkan hasad dengki yang melanda dalam hati manusia yang tidak puas dangan apa yang ada....

Cinta..... Tiada Akhirnya

Wordless WedNesday {。^◕‿◕^。}


NAMPAK TAK BERUANG PANDA YANG MALAS NIE...Hehehheh

Bidadari pun tak tahu nak buat ape hari nie...ada buku yang bidadari nak update untuk rakan-rakan tapi lum ada idea nak tulis ape2 heheheh....


{。^◕‿◕^。}


Bidadari berwajah baru.... {。^◕‿◕^。}

Assalamualaikum semua...

Hari ini blog Bidadari telah berubah wajah dengan template baru Hasil kreativiti dari Saudara Wan Hazel...
Bidadari suka sangat ini lah warna kegemaran Bidadari biru dan putih...
Blog nie simple je...


Bidadari ucapkan terima kasih buat Wan Hazel...Jika kawan-kawan nak template yang kreatif mcm Bidadari punye nie boleh lah tempah kat Saudara Wan Hazel....
Boleh melawat web die kat


Jom apa tunggu lagi...klu tunggu lama2 rugi heheheh....memang berbaloi..baloi.....hehheheh

Monday 28 November 2011

Kembara Cinta

Assalamualaikum...w.b.t

Hari ini semua orang tengah bercuti kan cos semalam kita Menyambuat Ma'al Hijrah yang ke 1433 hijrah...

Ok lah hari ini Bidadari nak kongsikan sebuah buku Novel yang telah Bidadari baca baru-baru nie....hehhehe

Buku tu bertajuk "Kembara Cinta" 
Hasil karya penulis nya "Dia Azura"
 Yang diterbitkan oleh "Buku Prima"

Cerita ini mengesahkan cerita tentang perkahwinan yang ditentang oleh keluarga,
sampai pasangan itu terpaksa berkahwin di sempadan Siam..dan akhirnya menghadapi masalah juak mengenai taraf anak yang tidak dapat didaftarkan kerana tidak mendaftarkan perkahwinan mereka sekembali ke Malaysia.

Cerita nya juga menceritakan kegigihan seorang anak merangkap ibu tunggal yang menjaga dan mendidik anak nya sendiri. Setelah dibuang oleh keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa.

Ceritanya amat menarik bagi Bidadari bila konflik yang terjadi terungkai jua akhirnya bila cerita sebenar yang menyebabkan perkahwinan itu tidak direstui...

Jadi bagi rakan-rakan yang minat membaca novel seperti nie...jom apa tunggu lagi dapatkan buku nie untuk mengetahui apa kah konflik yang terjadi? adakah kebahagiaan menjadi milik wanita itu? Kenapa perkahwinan nya tidak direstui? Bagaimana taraf anak yang tidak didaftar perkahwinan ibubapa nya? 

Semua persoalan ini akan terjawap dalam "KEMBARA CINTA"


Sunday 27 November 2011

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1433H


Selamat manyambut Ma'al Hijrah Buat Semua...
Semoga Hijah Tahun membawa makna yang bahagia untuk rakan2 semua

Thursday 24 November 2011

EPIK LENGKAP LAKSAMANA SUNAN....TERINGIN NAK MILIKINYA...

Assalamualaikum...w.b.t

Selamat malam semua diucapkan...hari ini nak Akukah Bidadari itu nak menyatakan rasa hati yang dah lama terbuku nie...hehehhe...
Sebenarnya Bidadari nak sangat memiliki Epik Lengkap Laksamana Sunan....

Nak tahu tak ape Epik Lengkap tu....Hah....mari Bidadari cita ye...tunjukkan....

Epik Lengkap Laksamana Sunan ini
 merupakan novel hasil dari penulis Novalis Thriller No. 1 Malaysia iaitu
Suadara Ramlee Awang Murshid

Sunday 20 November 2011

Apa yang Bidadari lakukan hujung minggu ini?

Hai semua....Assalamualaikum...wbt

Maaf lah Bidadari baru je nak update blog baru nie....Hujung minggu nie td Bidadari dengan keluarga pergi ke Mukah jalan2 sambil ambil adik yana yang belajar disana....Best juga boleh rehatkan minda yana....yang sememang nya berserabut....heheheh

Oh ya tentang Blog Akukah Bidadari nie....Apa ya yana nak bt???....Bidadari rasa nak buat jadi blog tempat Bidadari luahkan apa yang Bidadari telah baca. Baru2 nie dah baca tentang Komik Lawak Kampus....Semua cita dalam kamus tu tentang kompilasi Komik2 dari penulis die Keith....Best jugak...Masa  terluang yana gunakan untuk membaca Komik nie....hehhehe....Bidadari baru je beli minggu lps......Bidadari beli kat POPULAR BOOKSTORE....Banyak gak buku baru yang sampai yana sempat beli dua je...sbb bajet tak cukup heheheh....



Klu kawan2 berminat membaca komik singgah je kat POPULAR mesti jumpe Komik nie hehehhe......ramai gak yang suka beli komik untuk dibaca jikalau ada masa lapang...hehhehe

Ok lah tu ju luahan Bidadari hari nie....esok2 yana akan update yang terbaru k...


Wednesday 16 November 2011

Pembuka Bicara

Akukah Bidadari itu....

Selamat datang ke Laman Akukah Bidadari Itu?....Hmmmm....Maybe masa nie aku masih tertanya mengapa ku ter ingin nak buka satu lagi blog yang baru....aku ini peminat Novel sebenar nya....bila membaca kadang-kadang terbayang-bayang apa yang di baca...kadang2 tertanya juga mengapa novel yang dibaca seakan2 hidup menceritakan jalan ceritanya didepan mata....

Akukah Bidadari itu.....

Klu lah aku bidadari mungkin semua yang ku ingini akan ku perolehi....tapi aku bukan bidadari cuma manusia biasa yang perlukan semangat dan kekuatan dari semua org disisi....Aku mempunyai perkejaan yang mungkin boleh mengubah kehidupan ku....mungkin aku boleh menjadi bidadari buat insan yang ku sayang....yang menghiasi setiap kehidupan nya dengan tawa riang serta kegembiraan dan kebahagian dalam hidup nya.

Oklah sebelum ku merapu lebih jauh lagi sebenar nya blog ini khas untuk buku novel yang pernah ku baca.....selama nie banyak juga novel2 kegemaran. Sampai penuh satu lah mari semua nya tentang novel....dari novel kita boleh mengarap setiap apa yang diceritakan oleh penulis menjadi satu bahan yang boleh dijadikan idea untuk diutarakan.

Ok lah sampai disini sahaja buat kali ini....nanti dikala ada masa yana akan bincangkan tentang benda yang pernah yana baca dan mungkin yana boleh kongsikan disini untuk tatapan semua...

Dalam blog nie yana akan membahasakan diri Yana sebagai Bidadari untuk membezakan dengan blog yana yg lain....Sempena nama blog nie Bidadari jadi yana akan guna kan nama Bidadari..... heheheh untuk mengkreatifkan nya lagi hehehe....

ok lah Wassalam....