Hari ahad nie Bidadari nak kongsikan sesuatu mengenai
Novel Rayyan Fantasi....
Siapa diantara rakan2 blog Bidadari pernah baca Novel ini...
Siapa tak kenal Penulis Novel ini iaitu
Ramlee Awang Murshid....
Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia..
Bidadari memang gemar baca penulisan beliau....
Semenjak Novel Kompilasi Laksamana Sunan
Rayyan Fantasi juga merupakan cerita suspen, seram dan misteri....heheh
Best sangat bila membaca buku novel ini.....terasa kita melihat nya dilayar mata kita bagaimana cerita ini terjadi....
ini sedikit sinopsis cerita yang Bidadari ambik dari belakang buku novel
Rayyan Fantasi yang Bidadari beli
Diterditkan oleh Alaf 21 dan Karangkraft
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
Nota Kaki:
Novel Rayyan Fantasi, Alaf21, Ramlee Awang Murshid, Karangkraf, Grupbuku Karangkraf